Monday, September 8, 2008

Ibu

Ibu……….
Suaramu
Belaian mu
Perhatianmu
Mengubati kerinduanku padamu
Dalam jiwaku yang tercedera
Nuraniku yang robek
Ibu………
Tangisanmu menjelmakan keinsafanku
Maafkan aku
Aku ingin bersamanu
Memohon restu daripada mu
Memohon ampun dan maaf daripadamu
Aku bersalah Ibu
Maafkan aku…anakmu yang jalil ini


Evelyn June Charlie
(Perkongsian suka duka bersama penghuni di PUSPA Papar 080908)




Klien yang ditemui pada sesi 3 kelihatan sugul pada hari ini. Ini kerana klien baru juga menerima kunjungan ayah dan adiknya. Ibunya tidak dapat menyertai dalam kunjungan tersebut tetapi sempat menelefon klien. Klien berkongsi suka duka dirinya. Klien menangis mengenangkan ibunya. Saya melayan sesi tersebut. Pada kesempatan ini, saya mengungkapkan perasaan klien dengan menulis luahan ini.

No comments: