Friday, September 19, 2008

Aku mau berada di sana

Aku mau berada di sana
Di sana ….di luar sana
Bersama dengan orang lain
yang bebas…yang bahagia
Tanpa DADAH

Aku mau berada di sana
Menikmati hidup penuh kesedaran
Menikmati hidup penuh keinsafan
Tanpa DADAH

Aku mau berada di sana
Ketawa
Menangis
Mencintai
Dicintai
Cekal
Teguh
Aku mau berada di sana
Tanpa DADAH!

Evelyn June Charlie
(Seketika bersama penghuni di PUSPA Papar 190908)


Ini merupakan catatan terakhir saya bersama klien yang sama. Ini merupakan sesi ke-4. Matlamat pada sesi ini adalah untuk memungkinkan klien mendapat celik akal daripada intervensi yang telah dijalankan. Berpandukan 'tools' yang diberikan, saya meneroka ke dalam diri klien dan klien diharapkan mempunyai tekad untuk mengatakan TIDAK kepada dadah. Semoga klien akan beroleh kehidupannya semula......

Monday, September 8, 2008

Ibu

Ibu……….
Suaramu
Belaian mu
Perhatianmu
Mengubati kerinduanku padamu
Dalam jiwaku yang tercedera
Nuraniku yang robek
Ibu………
Tangisanmu menjelmakan keinsafanku
Maafkan aku
Aku ingin bersamanu
Memohon restu daripada mu
Memohon ampun dan maaf daripadamu
Aku bersalah Ibu
Maafkan aku…anakmu yang jalil ini


Evelyn June Charlie
(Perkongsian suka duka bersama penghuni di PUSPA Papar 080908)




Klien yang ditemui pada sesi 3 kelihatan sugul pada hari ini. Ini kerana klien baru juga menerima kunjungan ayah dan adiknya. Ibunya tidak dapat menyertai dalam kunjungan tersebut tetapi sempat menelefon klien. Klien berkongsi suka duka dirinya. Klien menangis mengenangkan ibunya. Saya melayan sesi tersebut. Pada kesempatan ini, saya mengungkapkan perasaan klien dengan menulis luahan ini.

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan

Ramadhan yang mulia datang lagi
Dengan penuh takwa dan berkat
Setulus hati nurani
Mencuci segala dosa
Mengenal erti diri
Mengenal erti hidup
Mengenal erti kasih
Mengenal erti sayang
Tapi aku disini
Dalam ruang kosong dilubuk hatiku
Ya Allah
Kusedari perjalananku yang kusam
Kusedari jiwaku yang kosong
Ya Allah
Engkau mengenalku erti kealpaan
Sesungguhnya aku sangat kerdil
Aku bersyukur kehadratMu
Melimpahkan Nur jauh dalam nuraniku
Tanpa Mu siapa lah aku…..
Pulihkan aku …aku berseru Ya Allah….


Bicara hati bersama penghuni di PUSPA Papar 020908

Luahan ini bersama klien pada sesi kedua di Pusat Serenti. Hari ini merupakan hari kelima bulan Ramadhan, klien kelihatan sangat sedih dan sayu kerana berpuasa di PUsat Serenti. Saya melihat klien seolah-olah berupaya meneroka dirinya. Pada tahap ini, sekiranya klien melalui intervensi yang betul klien akan dapat celik akal dan menjana kepulihan dalam dirinya.