Thursday, October 23, 2008

Sedaya aku

Sedaya aku
melangkah.....
berusaha.....
mengungkapkan.....
sebuah kisah...sebuah kesedaran...sebuah keinsafan

Sedaya aku
membutirkan.....
menterjemahkan.....
menjelmakan.....
sebuah kata, sebuah ilusi


Sedaya aku
cuba melihat kehidupan dari kaca mata dinding Pusat Serenti
Harapan yang entah ada, entah tiada
cuma segengam harapan
untuk melihat satu insan
yang tersalah langkah

Sedaya aku
mengungkapkan harapan
di hadapan khalayak rakan taulan
sinar yang masih ada
sinar yang masih menanti


Evelyn June Charlie
(Luahan rasa dan perasaan selepas membuat pembentangan kes sesi Kaunseling Motivasi di UMS pada 231008)


Hari ini, saya telah membuat pembentangan kes di hadapan pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Pembentangan kes tentang intervensi sesi kaunseling motivasi yang dilalui. Beberapa cadangan dikemukakan dengan harapan pendekatan kaunseling akan dapat digunapakai dalam rawatan pemulihan dadah di Malaysia. Semoga hasrat ini akan menjadi kenyataan. Katakan tidak kepda DADAH!