Sedaya aku
melangkah.....
berusaha.....
mengungkapkan.....
sebuah kisah...sebuah kesedaran...sebuah keinsafan
Sedaya aku
membutirkan.....
menterjemahkan.....
menjelmakan.....
sebuah kata, sebuah ilusi
Sedaya aku
cuba melihat kehidupan dari kaca mata dinding Pusat Serenti
Harapan yang entah ada, entah tiada
cuma segengam harapan
untuk melihat satu insan
yang tersalah langkah
Sedaya aku
mengungkapkan harapan
di hadapan khalayak rakan taulan
sinar yang masih ada
sinar yang masih menanti
Evelyn June Charlie
(Luahan rasa dan perasaan selepas membuat pembentangan kes sesi Kaunseling Motivasi di UMS pada 231008)
Hari ini, saya telah membuat pembentangan kes di hadapan pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Pembentangan kes tentang intervensi sesi kaunseling motivasi yang dilalui. Beberapa cadangan dikemukakan dengan harapan pendekatan kaunseling akan dapat digunapakai dalam rawatan pemulihan dadah di Malaysia. Semoga hasrat ini akan menjadi kenyataan. Katakan tidak kepda DADAH!
Thursday, October 23, 2008
Friday, September 19, 2008
Aku mau berada di sana
Aku mau berada di sana
Di sana ….di luar sana
Bersama dengan orang lain
yang bebas…yang bahagia
Tanpa DADAH
Aku mau berada di sana
Menikmati hidup penuh kesedaran
Menikmati hidup penuh keinsafan
Tanpa DADAH
Aku mau berada di sana
Ketawa
Menangis
Mencintai
Dicintai
Cekal
Teguh
Aku mau berada di sana
Tanpa DADAH!
Evelyn June Charlie
(Seketika bersama penghuni di PUSPA Papar 190908)
Ini merupakan catatan terakhir saya bersama klien yang sama. Ini merupakan sesi ke-4. Matlamat pada sesi ini adalah untuk memungkinkan klien mendapat celik akal daripada intervensi yang telah dijalankan. Berpandukan 'tools' yang diberikan, saya meneroka ke dalam diri klien dan klien diharapkan mempunyai tekad untuk mengatakan TIDAK kepada dadah. Semoga klien akan beroleh kehidupannya semula......

Monday, September 8, 2008
Ibu
Ibu……….
Suaramu
Belaian mu
Perhatianmu
Mengubati kerinduanku padamu
Dalam jiwaku yang tercedera
Nuraniku yang robek
Ibu………
Tangisanmu menjelmakan keinsafanku
Maafkan aku
Aku ingin bersamanu
Memohon restu daripada mu
Memohon ampun dan maaf daripadamu
Aku bersalah Ibu
Maafkan aku…anakmu yang jalil ini
Evelyn June Charlie
(Perkongsian suka duka bersama penghuni di PUSPA Papar 080908)
Klien yang ditemui pada sesi 3 kelihatan sugul pada hari ini. Ini kerana klien baru juga menerima kunjungan ayah dan adiknya. Ibunya tidak dapat menyertai dalam kunjungan tersebut tetapi sempat menelefon klien. Klien berkongsi suka duka dirinya. Klien menangis mengenangkan ibunya. Saya melayan sesi tersebut. Pada kesempatan ini, saya mengungkapkan perasaan klien dengan menulis luahan ini.

Tuesday, September 2, 2008
Ramadhan
Ramadhan yang mulia datang lagi
Dengan penuh takwa dan berkat
Setulus hati nurani
Mencuci segala dosa
Mengenal erti diri
Mengenal erti hidup
Mengenal erti kasih
Mengenal erti sayang
Tapi aku disini
Dalam ruang kosong dilubuk hatiku
Ya Allah
Kusedari perjalananku yang kusam
Kusedari jiwaku yang kosong
Ya Allah
Engkau mengenalku erti kealpaan
Sesungguhnya aku sangat kerdil
Aku bersyukur kehadratMu
Melimpahkan Nur jauh dalam nuraniku
Tanpa Mu siapa lah aku…..
Pulihkan aku …aku berseru Ya Allah….
Bicara hati bersama penghuni di PUSPA Papar 020908
Luahan ini bersama klien pada sesi kedua di Pusat Serenti. Hari ini merupakan hari kelima bulan Ramadhan, klien kelihatan sangat sedih dan sayu kerana berpuasa di PUsat Serenti. Saya melihat klien seolah-olah berupaya meneroka dirinya. Pada tahap ini, sekiranya klien melalui intervensi yang betul klien akan dapat celik akal dan menjana kepulihan dalam dirinya.

Monday, August 25, 2008
Langkah yang terlebih
Keseronokan
kegembiraan adalah lumrah dunia
tidak akan aku sia-siakan hidup ini
keseorangan
kesepian
Teman dicari silih berganti
bukan mudah
Jika keindahan itu yang dicari
jika keindahan itu keindahan yang sebenar
Jika keindahan itu yang itu yang dianugerahkan
Aku melangkah
Langkah yang terlebih
Terlebih menilai kata-kata
Terlebih menilai penghargaan
Terlebih menilai nilai teman
Terlebih menilai langkah
Teman yang dicari teman durjana
Kristal bagaikan teman
Teman yang menghancurkan
Evelyn June Charlie
(Pengalaman pertama di PUSPA 250808)
Luahan ini adalah hasil selepas menjalankan sesi kaunseling bersama penagih dadah di Pusat Serenti pada 25 Ogos 2008. Klien yang ditemui adalah seorang remaja biasa yang mempunyai cita-cita dan kehidupan seperti orang lain. Namun, disebabkan keseronakan dan pengaruh teman-teman , klien terlibat dengan dadah jenis syabu. Penglibatan klien dengan syabu mengheret klien untuk berada di pusat serenti.
Saturday, June 14, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)